Wednesday, 28 December 2011

Pembulian Siber


Kita sering mendengar di dada-dada akhbar tentang jenayah siber yang berleluasa terutama berkaitan dengan penipuan wang dan sebagainya. Apa yang saya ingin sampaikan bukanlah berkaitan dengan jenayah siber, tetapi PEMBULIAN SIBER. Dalam kalangan remaja, CYBERBULLY ini bagaikan menghantui mereka yang mana mereka merasakan diri meraka itu dipandang jelik oleh orang di sekitarnya. Cyberbully atau dalam bahasanya bererti pembulian siber ialah penghinaan, tohmahan serta tuduhan-tuduhan melalui laman sosial atau sebagainya yang dapat meruntuhkan semangat kita. Hal ini memang mengganggu mental kita yang mana boleh mengganggu aktiviti harian dan pergaulan sosial kita kerana kita akan dipandang serong, dipandang hina ataupun tidak dipedulikan. Jadi sebagai penyelesaian yang ringkas kepada mereka yang dibuli melalui alam maya ini, sebagai manusia yang beriman kita seharusnya menanganinya dengan tenang dan sentiasa bergantung kepada tuhan. Mohonlah ketenangan jiwa dan kekuatan kepada-Nya. Insya Allah, Allah akan memberi ketenangan kepada kita untuk menghadapi ujian-Nya.

Wednesday, 21 December 2011


Kasih Sayang adalah hasil gerakan naluri yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hamba-Nya. Kasih sayang ini hendaklah diterapkan kepada jalan yang betul. Usahlah kita menyayangi seseorang itu kerana paras rupa, harta, pengaruhnya, serta keturunannya. Kasih terhadap seseorang itu hendaklah semata-mata kerana Allah. Sesiapa yang mengasihi hamba Allah kerana-Nya, maka Allah akan mengasihi dirinya.