Kita sering mendengar di dada-dada akhbar tentang jenayah siber yang berleluasa terutama berkaitan dengan penipuan wang dan sebagainya. Apa yang saya ingin sampaikan bukanlah berkaitan dengan jenayah siber, tetapi PEMBULIAN SIBER. Dalam kalangan remaja, CYBERBULLY ini bagaikan menghantui mereka yang mana mereka merasakan diri meraka itu dipandang jelik oleh orang di sekitarnya. Cyberbully atau dalam bahasanya bererti pembulian siber ialah penghinaan, tohmahan serta tuduhan-tuduhan melalui laman sosial atau sebagainya yang dapat meruntuhkan semangat kita. Hal ini memang mengganggu mental kita yang mana boleh mengganggu aktiviti harian dan pergaulan sosial kita kerana kita akan dipandang serong, dipandang hina ataupun tidak dipedulikan. Jadi sebagai penyelesaian yang ringkas kepada mereka yang dibuli melalui alam maya ini, sebagai manusia yang beriman kita seharusnya menanganinya dengan tenang dan sentiasa bergantung kepada tuhan. Mohonlah ketenangan jiwa dan kekuatan kepada-Nya. Insya Allah, Allah akan memberi ketenangan kepada kita untuk menghadapi ujian-Nya.
Wednesday, 28 December 2011
Wednesday, 21 December 2011
Kasih Sayang adalah hasil gerakan naluri yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hamba-Nya. Kasih sayang ini hendaklah diterapkan kepada jalan yang betul. Usahlah kita menyayangi seseorang itu kerana paras rupa, harta, pengaruhnya, serta keturunannya. Kasih terhadap seseorang itu hendaklah semata-mata kerana Allah. Sesiapa yang mengasihi hamba Allah kerana-Nya, maka Allah akan mengasihi dirinya.
Tuesday, 22 November 2011
Dari Allah Kita Datang, Kepada Allah Kita Kembali
Sememangnya kematian tidak mengira waktu, usia, di mana kita berada dan siapa kita. Di sini ingin saya kongsikan sebuah berita yang saya petik daripada Akhbar Kosmo! Edisi 23 November 2011, Rabu tentang kematian seorang lelaki ketika menonton perlawanan bola sepak Sukan SEA ke-26 baru-baru ini. Innalillahiwainnailaihirajiun.
YAN - Seorang peminat bola sepak meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dia dan rakan-rakan menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 yang cukup dramatik antara Malaysia dan Indonesia di sebuah restoran di sini malam kelmarin.
Ahmad Fauzi Ismail, 42, pengsan di restoran Pak Mid di pekan Guar Chempedak di sini kira-kira pukul 10.50 malam sebelum dikejarkan ke Hospital Yan kira-kira 10 minit kemudian.
Dia disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital tersebut.
Seorang saksi kejadian yang merupakan pembantu kedai makan, Hasli Ishak, 29, memberitahu, Ahmad Fauzi adalah pelanggan tetap kedai dan ketika kejadian dia sedang menikmati nasi goreng sambil menonton perlawanan bola sepak.
"Sebelum dia pengsan, saya nampak dia lemah dan menyuap makanan masuk ke mulutnya dengan perlahan sebelum dia rebah di atas kerusi," katanya.
AHMAD FAUZI meninggal dunia ketika menonton perlawanan bola sepak Malaysia menentang Indonesia di Restoran Pak Mid, Guar Cempedak, Yan malam kelmarin.
Teman Setia Buatmu
Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri sama ada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari. Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan, kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh, mereka akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini akan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam menuntut ilmu. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.
Monday, 21 November 2011
5 Tips Persediaan Untuk Menghadapi Peperiksaan.
Setiap kehidupan ada ujiannya. Oleh itu kita harus menempuhi ujian itu dengan penuh sabar dan berusaha untuk keluar daripada masalah yang kita hadapi. Di sini ingin saya kongsikan TIPS PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN.
1. "Study Hard, Study Smart!!"
Masa yang diperuntukkan untuk membuat revision sangat terhad. Jadi kita haruslah bijak menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Buat nota ringkas untuk mudah diingati. Fahami juga cara anda study sama ada baik berseorangan atau berkumpulan.
2. Senaman Ringan
Lakukan senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Senaman baik untuk menghilangkan tekanan. Jangan beriadah sampai meletihkan badan. Akibatnya anda akan keletihan, mengantuk dan hilang fokus untuk mengulangkaji pelajaran.
3. Tidur Dengan Cukup
Pastikan anda tidur dengan cukup. Kekurangan waktu tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan mudah untuk jatuh sakit. Tetapi INGAT!! tidur berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.
4. Berbuat Baik Dengan Ibu Bapa
Bagi mereka yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa, jangan lupa untuk menelefon ibu bapa anda. Tanya khabar mereka dan mohon restu mereka. Mohon maaf sekiranya anda anda melakukan kesalahan dengan mereka kerana DOA IBU BAPA SANGAT MUSTAJAB.
5. Baiki Hubungan Dengan Allah
Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanya mampu berusaha sebaik mungkin tetapi hasilnya Allah jua yang menentukan sama ada kita berjaya atau sebaliknya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat penting di saat menghampiri EXAM. Lakukan sesuatu untuk meraih ketenangan itu.
1. "Study Hard, Study Smart!!"
Masa yang diperuntukkan untuk membuat revision sangat terhad. Jadi kita haruslah bijak menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Buat nota ringkas untuk mudah diingati. Fahami juga cara anda study sama ada baik berseorangan atau berkumpulan.
2. Senaman Ringan
Lakukan senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Senaman baik untuk menghilangkan tekanan. Jangan beriadah sampai meletihkan badan. Akibatnya anda akan keletihan, mengantuk dan hilang fokus untuk mengulangkaji pelajaran.
3. Tidur Dengan Cukup
Pastikan anda tidur dengan cukup. Kekurangan waktu tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan mudah untuk jatuh sakit. Tetapi INGAT!! tidur berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.
4. Berbuat Baik Dengan Ibu Bapa
Bagi mereka yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa, jangan lupa untuk menelefon ibu bapa anda. Tanya khabar mereka dan mohon restu mereka. Mohon maaf sekiranya anda anda melakukan kesalahan dengan mereka kerana DOA IBU BAPA SANGAT MUSTAJAB.
5. Baiki Hubungan Dengan Allah
Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanya mampu berusaha sebaik mungkin tetapi hasilnya Allah jua yang menentukan sama ada kita berjaya atau sebaliknya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat penting di saat menghampiri EXAM. Lakukan sesuatu untuk meraih ketenangan itu.
Tahniah Buat Harimau Muda
Tahniah buat Skuad Harimau Muda yang telah bersusah payah dengan menghabiskan tenaga untuk meraih kemenangan dalam penentuan pingat emas Bola Sepak dalam Sukan Sea ke-26 Palembang-Jakarta 2011. Kemenangan yang diraih bukanlah berpunca daripada kehebatan penjaga gol dan penyerang sahaja, tetapi kerjasama dalam berpasukan yang jitu membuatkan Skuad Harimau Muda dapat merangkul pingat emas yang diidamkan. Semoga Skuad Harimau Muda terus maju dan megah di mata dunia. Insya Allah.
Inilah wajah-wajah kegembiraan yang dizahirkan oleh pemain-pemain kebangsaan yang telah menghabiskan tenaga demi mengharumkan nama negara melalui kemenangan yang diraih daripada penentuan pingat emas Bola Sepak dalam Sukan Sea ke-26 Palembang-Jakarta 2011.
Kehidupan Baru
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini adalah hari pertama saya mula mengubah kehidupan saya daripada yang tak baik kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik. Insya Allah. Hari jugalah hari yang mana saya start balik revision untuk SPM tahun depan. Hmm.. Memang kekok setelah sekian lama tak buat revision. Banyak juga benda yang saya belajar dulu dah lupa. Aduhai. Apa pun saya kena banyak berusaha untuk berjaya. Saya harap usaha saya untuk memperbaik kehidupan ini tidak sekadar HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali, doakan saya semoga saya memperoleh kejayaan. Insya Allah.
Friday, 18 November 2011
Ukhuwah Membina Muhibah
Marilah kita wujudkan perpaduan sesama kita tanpa membezakan darjat, keturunan, bangsa, warna kulit mahupun agama kerana sememangnya Islam menekankan perpaduan sesama manusia
Salam Perkenalan Salam Ukhuwah
Assalamualaikum w.b.t kepada anda semua yang sudi melawat Blog saya ini. Kewujudan Blog saya ini bukan bertujuan untuk mencari publisiti atau mencari kepopularan tetapi untuk berkongsi cerita atau nasihat serta kata-kata motivasi diri untuk kita semua. InsyaAllah.
Subscribe to:
Comments (Atom)








